Skip to main content

Harta Sepencarian memelihara hak isteri


Setiap pasangan suami dan isteri perlu jelas bahawa apabila salah seorang suami atau isteri meninggal dunia maka Hak Harta Sepencarian  tidak akan dapat secara automatik kepada pasangan yang masih hidup. 


Menurut undang-undang, Harta Sepencarian adalah harta yang diperolehi oleh pasangan suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan dan jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka, maka ia perlu DITUNTUT di Mahkamah Syariah oleh mana-mana pasangan yang masih hidup. 


Hak ke atas Harta Sepencarian ini akan menambah nilai dan bahagian isteri yang ditinggalkan. Melalui Harta Sepencarian mereka akan mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan arwah suami. 


Mengikut pembahagian faraid, Jika suami meninggal dunia, hak isteri adalah 1/4 atau 1/8 sahaja. Isteri akan mendapat 1/4 daripada harta pusaka suami sekiranya si suami tidak memiliki anak dan 1/8 sekiranya si suami meninggalkan anak.  


Bahagian 1/8 ini mungkin  tidak mencukupi untuk digunakan bagi menyara hidupnya dan hidup anak-anaknya. Oleh itu  para isteri boleh  membuat tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah  Syariah agar mereka mendapat bahagian yang lebih besar ke atas harta peninggalan suami supaya dapat menampung dan meneruskan kehidupannya bersama anak-anak. 


Melalui tuntutan tersebut mahkamah akan memutuskan bahagian yang  diiktiraf sebagai Harta Sepencarian kepada isteri.  Walau bagaimana pun tuntutan ni perlulah melalui proses undang-undang yang melibatkan masa serta kos yang lebih tinggi.


Oleh itu, perancangan harta pusaka amat penting bagi memelihara kebajikan isteri setelah ketiadaan suami. Perancangan ini boleh dilakukan dengan menetapkan pembahagian harta sepencarian di peringkat awal dengan menandatangani Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) di as-Salihin Trustee Berhad. 


Hasil daripada itu, isteri tidak perlu bersusah payah untuk membuat tuntutan di Mahkamah Syariah setelah ketiadaan suami dan bahagian peratusan (%) Harta Sepencarian itu boleh  ditentukan sendiri oleh pasangan suami-isteri tersebut 


Comments

Popular posts from this blog

Hubungi Penulis

Nak bertanya lanjut perkara berkaitan takaful dan pengurusan harta pusaka? Whatsapp 013-7287178 Telefon : 013-7287178 FB Page : Muhamad Rafidi Ramli FB : Muhamad Rafidi Email : mrafidi@gmail.com Linktree : mrafidi

i-Great Generasi : Manfaat dan ciri-ciri

PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Caruman dan Tempoh Perlindungan Fleksibel Pilih tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau  sepanjang tempoh perlindungan dengan perlindungan 30 tahun atau sehingga  umur 60 tahun, bergantung pada umur penyertaan anda.   Jumlah Perlindungan yang Tinggi Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan Asas 1 yang tinggi bermula  dari RM250,000.   Manfaat Kematian Sekiranya berlaku kematian pada Orang Yang Dilindungi, yang mana lebih tinggi  daripada berikut akan dibayar: • Jumlah Perlindungan Asas; atau • Nilai Tunai daripada Akaun Individu Peserta 2 .   Manfaat Kematian Semasa Menunaikan Haji/Umrah Sekiranya berlaku Kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa Sijil berkuat kuasa semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh  kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%)  daripada Jumlah Perlindungan Asas akan diba...

Pelan Hibah mampu milik dari Great Eastern Takaful yang bermula dari RM58 sebulan!

  PELAN GEN INI AKAN TAMAT PADA 31 DISEMBER 2022 Bermula HANYA RM58 sebulan!* Klik whatsapp sekarang Pelan ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. 👉 Manfaat perlindungan kematian dan cacat kekal yang tinggi bermula dari RM250,000 👉 "Protection Booster" yang memberikan tambahan manfaat perlindungan sebanyak 10% setiap 5 tahun dengan caruman yang sama. 👉 Manfaat kematian dua kali ganda semasa menunaikan umrah atau haji 👉 Pilihan manfaat berganda untuk kematian disebabkan oleh kemalangan. 👉 Terma bayaran yang fleksibel (10 tahun, 20 tahun atau sepenuhnya) 👉 Khairiat kematian kepada waris sebanyak RM2,000 👉 Manfaat sijil matang selepas tempoh matang. 👉 Perlindungan yang boleh disambung secara automatik sehingga umur 100 tahun.   Untuk mendapatkan rundingan PERCUMA pelan iGreat GENerasi ini, boleh hubungi dengan whatsapp ke 013-3457178 atau klik WhatsApp dibawah Apakah itu 3 "H"? *terma & syarat Link berkaitan :  i-Great G...