Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2025

Penyata tahunan takaful untuk LHDN

Untuk pencarum takaful dengan Great Eastern Takaful (GETB), ada disediakan portal igetintouch dengan semua maklumat sijil untuk kemudahan dan rujukan pencarum. Bagi pencarum yang pertama kali menggunakan portal ini, boleh tekan "Register now" untuk mengisi maklumat yang diperlukan. Bagi yang sudah mempunyai ID, boleh terus login dengan ID dan katalaluan masing-masing. Selepas login biasanya akan dibawa ke halaman "Account Agreement". Klik "I Agree" untuk meneruskan ke halaman berikutnya. Pada halaman berikut ada disertakan analisa sijil pelan takaful yang telah diambil. Tekan di logo tiga garisan melintang seeprti dalam kotak biru. Untuk memeriksa penyata tahuan, pilih "My Document" dan seterusnya "Statement". Pilih " Family Takaful Contribution Statement" dan tahun untuk senarai penyata tahuan semua sijil pada tahun tersebut. Tekan logo kertas seperti dalam kotak merah dan penyata tahunan akan terpapar untuk dimuaturun. Pili...

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2024: Panduan Ringkas untuk Pembayar Cukai Malaysia

Setiap tahun, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memperkenalkan pelepasan cukai yang membolehkan individu pemastautin mengurangkan jumlah pendapatan bercukai mereka. Untuk Tahun Taksiran 2024, terdapat beberapa kategori pelepasan yang boleh dimanfaatkan oleh pembayar cukai. Mari kita lihat senarai pelepasan cukai yang tersedia! 1. Pelepasan Individu Pembayar cukai boleh menuntut pelepasan dalam kategori berikut: ✅ Suami/Isteri atau Alimoni kepada Bekas Isteri – RM4,000 ✅ Individu dan Saudara Tanggungan – RM9,000 ✅ Potongan Tambahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) Individu OKU: RM6,000 Suami/Isteri OKU: RM5,000 ✅ Yuran Pengajian Sendiri – RM7,000 2. Insurans & Caruman Jika anda membuat bayaran insurans atau caruman ke dalam skim persaraan, anda layak menuntut pelepasan: ✅ Skim Persaraan Swasta (PRS) – RM3,000 ✅ Simpanan SSPN (Tabung Pendidikan Anak) – RM8,000 ✅ PERKESO/SOCSO – RM350 ✅ Insurans Pendidikan & Perubatan – RM3,000 ✅ Insurans Nyawa & KWSP – RM7,...