Untuk pencarum takaful dengan Great Eastern Takaful (GETB), ada disediakan portal igetintouch dengan semua maklumat sijil untuk kemudahan dan rujukan pencarum.
Bagi pencarum yang pertama kali menggunakan portal ini, boleh tekan "Register now" untuk mengisi maklumat yang diperlukan.
Bagi yang sudah mempunyai ID, boleh terus login dengan ID dan katalaluan masing-masing.
Selepas login biasanya akan dibawa ke halaman "Account Agreement". Klik "I Agree" untuk meneruskan ke halaman berikutnya.
Pada halaman berikut ada disertakan analisa sijil pelan takaful yang telah diambil. Tekan di logo tiga garisan melintang seeprti dalam kotak biru.
Untuk memeriksa penyata tahuan, pilih "My Document" dan seterusnya "Statement".
Pilih " Family Takaful Contribution Statement" dan tahun untuk senarai penyata tahuan semua sijil pada tahun tersebut.
Tekan logo kertas seperti dalam kotak merah dan penyata tahunan akan terpapar untuk dimuaturun.
Pilih jumlah caruman mengikut kategori perlepasan cukai yang berkaitan.
Comments
Post a Comment